Showing posts with label pukau. Show all posts
Showing posts with label pukau. Show all posts

Monday, February 26, 2018

Astro Ria MY DOCTORS - Expert Panel (As Clinical Hypnotherapist) to differentiate between the Pukau and Clinical Hypnosis


Bual bicara yang menampilkan pakar dari bidang kesihatan membincangkan pelbagai topik yang berkaitan dengan kesihatan. Topik minggu ini mengenai gejala tidur dan kaedah rawatan alternatif (Hipnoterapi).

Program - My Doctors

"Differentiate between the Pukau and Clinical Hypnosis"


Hipnosis itu bukan pukau!

Pukau tradisional akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran dan emosi anda. Mereka akan guna bahasa yang manis, sentuhan atau mengejutkan kamu seperti memandang mata kamu atau pun mereka akan gunakan medium lain seperti magik atau bahan-bahan untuk mempengaruhi kamu. 


Hipnosis dipelajari secara ilmiah sejak 3000 tahun terdahulu. Hipnosis sebahagian dari ilmu psikologi abad kini. Diiktiraf oleh British Medical Association, USA pada tahun 1958 dan digunakan di dalam bidang perubatan moden hingga ke hari ini. Kebanyakkan client saya datang untuk menggubah tabiat yang buruk, mengurangkan berat badan, bimbang dan risau, ADHD, menguruskan kesakitan dan gangguan mood.

Hipnosis itu adalah seni meletakkan minda dan emosi diri dalam keadaan tenang menggunakan kekuatan BERBAHASA bagi memprogram kembali minda diri.

Kaunseling yang tradisional atau terapi bercakap seperti CBT lebih sesuai bagi orang yang pandai bercakap dan rasional. Bagi hypnotherapy, ini lebih sesuai bagi orang yang tidak bagus dalam bercakap dan ekspresi, seperti orang yang risau terlalu banyak atau orang yang mengalami trauma. Ini kerana orang yang rational tahu apa yang mereka kena buat tapi minda bawah sedar tidak tahu bahawa mereka memerlukan bantuan. Inilah kenapa hypnotherapy sangat berkesan untuk kes-kes emosi dan kes-kes yang berkaitan dengan minda kami yang bawah sedar. 

Anda boleh mengetahui diri anda dengan lebih baik dan mengatasi masalah anda dengan menggunakan kekuatan minda anda. Ia adalah prosedur yang menyeronokkan dan santai tetapi sangat powerful. Bagi kebanyakan pelanggan saya, ini merupakan prosedur yang mengubah hidup mereka.